Simple...happy go lucky...enjoYaBLe...humble... like to be ur friend... ..love my sayangness ketat2... Love U MuCh..MuCh MoRe.....CHIPSMOrE!!!(^_^)
Monday, August 22, 2011
~kisah baju raya~
~majlis berbuka puasa kelas~
Sunday, August 21, 2011
...Projek sudut pameran SK Taman Ria....
....Projek Mural SK Taman Ria..........
Friday, August 19, 2011
~menjiwangkan diri ini~
Thursday, August 18, 2011
~Kejadian di Bazaar Ramadhan Sg Petani~
kisah ni jadi arini la..baru petang tadi....sampai2 je Eza kt bazar tadi cuaca medunggg jee...Alhamdulillah dengan confidentnye kitorang ( ngan kak iffah) jalan masuk Bazaar.....nk wat cerita smpai tgh2 bazaar..ALAMAK!! hujan tetiber lebat...nk lari mane nish!! adush...seb baek ade kedai kak Bib ( kedai mak cik kantin sekolah..dia pon mniaga kt bazaar pose2 ni)..tompang la situ satt...smpai la ujan cm da slow sikit...kami jalan lagi ke depan nk cari nasi kukus Syed kn....sebelum smpai kat nasi kukus tu kami lalu depan gerai ni...ade la mamat2 tuh jual air kot ntah la tak tgk sbb dorang duk panggil...CIKGU...CIKGU..CIKGU!!! tak basah ke CIKGU..mai singgah sini mai....kami takmo singgah jual mahal redah je ujan..kih2.........da siap beli nasi kukus..kami pon jalan la nk balik..dalam hujan renyai..baju pon basah n lembab..jalan pon dah terkepit2 sebab kain mlekat kt kaki susah nk jalan....smpai depan GERAI MAMAT TADI....~~YA ALLAH!!! malunye aku!! ish..dorg la...ade ke siap tepuk tangan ckp cikgu...cikgu...cikgu...da la kuat dalam ujan plak tu...semua mata pndang kitorang.....pakcik gerai sebelah senyum je..aku blas je snyum pak cik tuh...mang malu...!!! semua pndang kot!! kuang asam jawa mamat2 ni..Eza ANTI korang smpai bila2...!!!! smpai dalam kete duk borak2 ngan kak iffah sal kjadian tuh!!! kak iffah kata nasib baik kita tak layan kn? Eza jawab haah kak..kalo kita layan kita g depan dorang tepuk tangan gak smbil ye..ye nk ape..smbil wat muke comel..ahaha..gelak2 dalam jem kul 7suku baru smpai umah!! ujan punya pasal...n FOR U MAMAT2 i HATE you All!!!Anti-MAMAT bazaar depan tesco lama sp!!! :P
Wednesday, August 17, 2011
~kudamba syurgaMu~
~hidup ni mesti ceria kan....harap2 tiada lagi kesdihan dalam hidup Eza...sikit2 sedey itu biasa yang luar biasanya bila sedey berpanjangan sehingga berlaku kemudaratan kepada kita....YA!!! aku mahu mengubah kehidupan aku..berubah kearah yang lebih baik bersama tunang kesayangaku...Insya Allah andai pnjg jodoh kami...kami akan berusaha untuk mencapai Syurga yg dijanjikan Allah bagi hambanya yg bersabar.......kehidupan smlam bagaikan iktibar kepada aku supaya tidak leka dengan kebahagian dunia...pandang dan lihatlah kebahagian akhirat kerana di sana kebahagian yang abadi....Bila Saiful mlamar Eza...Eza percaya Allah memberikan Eza permata yang Indah yang akan membahagiakan Eza dengan keindahannya walau kadang permata tersebut malap dek kerana masalah yg sentiasa berusaha merobohkan tiang2 syurga yang akan dibina....
Monday, August 15, 2011
~zikir Taubat Nasuha~
Sunday, August 14, 2011
~warna disebalik waktu solat~...jum teroka!!
‘Warna Disebalik Waktu Solat’. Pernah tak kamu dengar mengenai warna-warna alam dan solat? Seperti apa yang diberitahu oleh Ustaz Zahazan Mohamed dalam Laman Web nya ‘Zahazan.net‘, “Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam“. Disini saya ceritakan secara ringkas mengenai warna alam dan solat untuk renungan saya dan sesiapa yang membacanya. Semoga ianya akan menambahkan lagi rasa syukur kita kerana telah dikurniakan dengan syariat solat dari Allah s.w.t, juga rasa syukur kerana telah diberi nikmat sebagai seorang muslim…
Subuh; Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Zuhur;
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Asar;
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Maghrib;
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Isyak;
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Inilah kaitan antara warna alam dan solat yang saya ambil secara ringkas dari Laman Web Ustaz Zahazan. Kepada sesiapa yang nak membaca artikel sebenar, kamu bolehlah membacanya di Zahazan.net. Saya juga mengalu-alukan jika kamu ingin membaca artikel lain mengenai solat yang pernah saya ceritakan di blog saya sebelum ini iaitu;
~berbuka ngan Mr.Saiful n Bella Love~
Saturday, August 13, 2011
~cinta dari hati~
cinta dari hati.........08/06/2010
Thursday, August 11, 2011
~kawal amarah sikap terpuji~
firman Allah: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)
Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. mencela keangkuhan golongan kafirun terhadap golongan yang beriman yang mana ia timbul akibat kemarahan mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang telah menyerang institusi keagamaan, masyarakat dan sosial mereka.
~kertas kerja mural 2011 untuk internship~
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA
O8000, SUNGAI PETANI,KEDAH.
KERTAS KERJA :
KERTAS KERJA PROJEK MURAL SEKOLAH ANJURAN GURU PELATIH INTERNSHIP SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA
TARIKH :
7 HINGGA 11 OGOS 2011
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA
KERTAS KERJA
PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH
PISMP SEMESTER 8 / 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
1. TAJUK:
Melukis mural
2. DIKEMUKAKAN OLEH:
Guru Pelatih PISMP Semester 8 (SN & PSV)
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani, Kedah Darul Aman
3. PENGENALAN:
Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan. Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, dimana sekolah yang mereka berada selamat, ceria dan sesuai dengan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan suasana ceria di sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan kawasan sekolah antaranya ialah ; aktiviti membuat mural, menghasilkan taman mini atau taman Sains, menceriakan bilik darjah dan sebagainya.
Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, guru pelatih Internship telah bersepakat untuk membuat mural yang bertemakan alam berhampiran dengan bilik guru untuk semua warga Sekolah Kebangsaan Taman Ria.
4. RASIONAL
Projek keceriaan sekolah bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria dan cantik untuk pelajar iaitu selaras dengan misi sekolah iaitu mewujudkan prasarana sekolah yang paling selamat,kondusif dan ceria.
5. OBJEKTIF
Projek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :
1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik dan dijadikan sumber perhatian teruamanya pelajar dan juga tetamu yang mengunjungi sekolah.
2. Hasil kerja tangan guru pelatih internship sebagai buah tangan / kenang-kenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.
6. ASAS PERTIMBANGAN
Program ini bertujuan memenuhi keperluan Internship dan setiap guru pelatih dikehendaki melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah.
7. JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Penasihat : Puan Eshah Bt Awang Talib
Pengerusi : En. Zolkifli Bin Ismail (PK1)
Naib pengerusi: Pn. Rusnani Bt Zakarya (PK HEM)
En. Abd Aziz Bin Harun (PK KK)
Pn. Norida Sabarina (PK PETANG)
Ketua Projek : Razniza Bt Mohammad
Pen. Ketua Projek : Nur Afifah Bt Sauti
Setiausaha : Shaliny A/P Panneir Selvam
Bendahari :Nagadevi A/P Tharmarajah
8. AKTIVITI
Berikut merupakan butiran projek yang akan dijalankan :
Tempat : dinding di sudut tangga bilik guru
Tarikh : 7 hingga 11 Ogos 2011
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
| Bil | Perkara | Unit/ Bilangan | Anggaran harga seunit | Jumlah | |
| 1 | Cat pelaka | 6 | RM 10.00 | RM60.00 | |
| 2 | Berus cat | 6 | RM 2.00 | RM12.00 | |
| JUMLAH KESELURUHAN | RM72.00 | | |||
10. PENUTUP
Diharapkan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancer dan berkesan. Semoga projek keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri para pelajar disamping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh :
………………………………………………….
(Shaliny A/P Panneir Selvam )
Setiausaha Projek 1,
Guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim
Disahkan oleh :
…………………
(En. Nor Izham b. Jaafar)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Taman Ria
...............................................
(Puan Eshah Bt Awg Talib)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Ria
~umor sebenar saya~!!!
hai....salam all...okeyh kat sini Eza nk gtaw umur sebenar Eza keyh!....umur Eza 23 Tahun pada 17/6/2011....lahir pada tahun 1988....hoho....
Wednesday, August 10, 2011
~A tu Z~
~Roses and Love meanings~

(terpesona, kemuliaan, cinta pandang pertama). Warna ungu sinonim sebagai lambingkeagungan, kemegahan dan kemewahan. Ia juga berkemungkinan membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pada pandangan pertama lagi disebabkan perwatakan penerima yang mempersonakan.

( Cinta dan romantic) pada kebiasaannya ros bewarna merah sering digunakan sebagai symbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan popularity ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu symbol politik dan keagamaan.

(keinginan, semangat yang tinggi, cinta) warna oren adalah hasil campuran warna kuning dan merah. Ros oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari kawan kepada cinta sejati. Ia juga berkemungkinan menunjukkan perasaan “ saya bangga dengan awak”.

Bunga Ros "Putih"
(kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian) sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahancinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati sinonim dengan warna merah. Perbezaan antara makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah ia menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan berpasangan.

(persahabatan, keriangan, cepat sembuh) sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari yang bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai symbol kepada ros kuning. Bunga ros kuning memberi pesanan sebagai tanda penghargaan atau perasaan sayang yang tidak bersifat romantic kepada seseorang. Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.

(cinta, perasaan syukur, penghargaan). Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu bersopan santun, pemalu dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. Dan kemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda syukur kerana Berjaya memiliki hati penerima. Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsia sejak sekian lama. Maknanya, kamu adalah insane yang menjadi idamannya selama ini.
Monday, August 8, 2011
...Eza 7 (harimau malaya).....
...salam semua..


