Followers

Wednesday, August 10, 2011

~Roses and Love meanings~

Bunga Ros "UNGU"

(terpesona, kemuliaan, cinta pandang pertama). Warna ungu sinonim sebagai lambingkeagungan, kemegahan dan kemewahan. Ia juga berkemungkinan membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pada pandangan pertama lagi disebabkan perwatakan penerima yang mempersonakan.

Bunga Ros " Merah"

( Cinta dan romantic) pada kebiasaannya ros bewarna merah sering digunakan sebagai symbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan popularity ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu symbol politik dan keagamaan.

Bunga Ros "Oren"

(keinginan, semangat yang tinggi, cinta) warna oren adalah hasil campuran warna kuning dan merah. Ros oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari kawan kepada cinta sejati. Ia juga berkemungkinan menunjukkan perasaan “ saya bangga dengan awak”.

Bunga Ros "Putih"

(kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian) sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahancinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati sinonim dengan warna merah. Perbezaan antara makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah ia menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan berpasangan.

Bunga Ros " Kuning"

(persahabatan, keriangan, cepat sembuh) sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari yang bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai symbol kepada ros kuning. Bunga ros kuning memberi pesanan sebagai tanda penghargaan atau perasaan sayang yang tidak bersifat romantic kepada seseorang. Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.


Bunga Ros " Merah Jambu"

(cinta, perasaan syukur, penghargaan). Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu bersopan santun, pemalu dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. Dan kemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda syukur kerana Berjaya memiliki hati penerima. Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsia sejak sekian lama. Maknanya, kamu adalah insane yang menjadi idamannya selama ini.


No comments:

Post a Comment

SukA KoMeN....(^_^) tAK sUkA kALO rAsa Nk KoMen Pon Ta KIsAH...tAk Nak KOmEN LaGI tAK kISaH...mAnE2 pOn BolEy...PagE SaYa Ni AdjustabLe...hik3..lev YoU MuCh..MucH...mOrE cHipSmOrE (^_^)!!!