SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA
O8000, SUNGAI PETANI,KEDAH.
KERTAS KERJA :
KERTAS KERJA PROJEK MURAL SEKOLAH ANJURAN GURU PELATIH INTERNSHIP SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA
TARIKH :
7 HINGGA 11 OGOS 2011
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA
KERTAS KERJA
PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH
PISMP SEMESTER 8 / 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
1. TAJUK:
Melukis mural
2. DIKEMUKAKAN OLEH:
Guru Pelatih PISMP Semester 8 (SN & PSV)
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani, Kedah Darul Aman
3. PENGENALAN:
Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan. Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, dimana sekolah yang mereka berada selamat, ceria dan sesuai dengan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan suasana ceria di sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan kawasan sekolah antaranya ialah ; aktiviti membuat mural, menghasilkan taman mini atau taman Sains, menceriakan bilik darjah dan sebagainya.
Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, guru pelatih Internship telah bersepakat untuk membuat mural yang bertemakan alam berhampiran dengan bilik guru untuk semua warga Sekolah Kebangsaan Taman Ria.
4. RASIONAL
Projek keceriaan sekolah bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria dan cantik untuk pelajar iaitu selaras dengan misi sekolah iaitu mewujudkan prasarana sekolah yang paling selamat,kondusif dan ceria.
5. OBJEKTIF
Projek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :
1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik dan dijadikan sumber perhatian teruamanya pelajar dan juga tetamu yang mengunjungi sekolah.
2. Hasil kerja tangan guru pelatih internship sebagai buah tangan / kenang-kenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.
6. ASAS PERTIMBANGAN
Program ini bertujuan memenuhi keperluan Internship dan setiap guru pelatih dikehendaki melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah.
7. JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Penasihat : Puan Eshah Bt Awang Talib
Pengerusi : En. Zolkifli Bin Ismail (PK1)
Naib pengerusi: Pn. Rusnani Bt Zakarya (PK HEM)
En. Abd Aziz Bin Harun (PK KK)
Pn. Norida Sabarina (PK PETANG)
Ketua Projek : Razniza Bt Mohammad
Pen. Ketua Projek : Nur Afifah Bt Sauti
Setiausaha : Shaliny A/P Panneir Selvam
Bendahari :Nagadevi A/P Tharmarajah
8. AKTIVITI
Berikut merupakan butiran projek yang akan dijalankan :
Tempat : dinding di sudut tangga bilik guru
Tarikh : 7 hingga 11 Ogos 2011
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
| Bil | Perkara | Unit/ Bilangan | Anggaran harga seunit | Jumlah | |
| 1 | Cat pelaka | 6 | RM 10.00 | RM60.00 | |
| 2 | Berus cat | 6 | RM 2.00 | RM12.00 | |
| JUMLAH KESELURUHAN | RM72.00 | | |||
10. PENUTUP
Diharapkan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancer dan berkesan. Semoga projek keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri para pelajar disamping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh :
………………………………………………….
(Shaliny A/P Panneir Selvam )
Setiausaha Projek 1,
Guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim
Disahkan oleh :
…………………
(En. Nor Izham b. Jaafar)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Taman Ria
...............................................
(Puan Eshah Bt Awg Talib)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Ria
No comments:
Post a Comment
SukA KoMeN....(^_^) tAK sUkA kALO rAsa Nk KoMen Pon Ta KIsAH...tAk Nak KOmEN LaGI tAK kISaH...mAnE2 pOn BolEy...PagE SaYa Ni AdjustabLe...hik3..lev YoU MuCh..MucH...mOrE cHipSmOrE (^_^)!!!